my beLOVEd follower

Wednesday, November 30, 2011

A Week To Remember. Part1

Assalamualaikum semua.

Tajuk agak ngade sket ala2 A Walk to Remember la kononnye. Aku sangat tak sempat nak update sebab aku ni suke letak gamba. Thus make it hard for me nak upload dengan line yang sangat 'laju' ni. -__-"

So, last week sepatutnya aku ada Team Building kat Ulu Yam. Tapi aku tak dapat join sebab my family planned to go on vacation. Mula2 mama cakap nak pegi A Famosa. Aku dah eksaitedla sebab tak penah pegikan. Jap lagi abang aku lak taknak lak gi sane. So dipendekkan cerita, Sabtu lepas ktorang pusing2 KL je, (although dah selalu sangat lepak KL).

Kalau tanya aku, of course la nak g Timesquare. Aku fikir shopping je kat sne. Bukan sebab Cosmo World or anything else. Tapi abang aku tak suke lak. Soo ktorang makan2 je kat TS, and terus ke Aquaria KLCC.

Gi TS ngan family memang sangat TAK seswai ok. Malu tengok ngan perangai budak2 sekarang. Tengok macam sekolah rendah lagi, tapi dress up bukan maen. Taknak cakap banyak. You know better I think. ;p

Luckily ktorang sempat masuk tau Aquaria. Orang laen dah nak balik, ktorang baru beli tiket which is time tu dah pukul 6 lebih if i'm not mistaken. Aquaria tutup pukul 8. Korang bayangkan best tak best masuk Aquaria macam rush. Tengok semua mende nak cepat. But still bergamba tu WAJIB ada. haha~

Mama cute kan?
*please say yess or else she will disssapointed.
LOL~
joking jela ;p

Ni laporan hari Sabtu je. Ahad tak citer lagi. Soo tunggula next entry yea.

Thanxx for reading ^^

Friday, November 25, 2011

Homeless Program Collaborating with PUW.

Assalamualaikum.

Malam semalam aku join program Titian Wahyu Club ntuk jadi volunteer for homeless people. Bukan aku yang kena jadi homeless ok. Cuma tolong ape yang patot je kat sana. Kami gerak ke Masjid Jamek ,KL lepas maghrib macam tu and mula lah our new experiences there.

Before this penahla jadi sukarelawan kan. Tapi zaman sekolah la. Dah aku PBSM, mase tu kena jadi volunteer ntuk mangsa2 banjir kat Johor dulu. This time laen sket sebab deal ngan gelandangan a.k.a homeless people kan. Pengalaman dia laen sikit.

Excited+sayu+takut+bersyukur semua ada. ;p

Excited sebab first time join program macam ni. Sayu sebab sedey tengok makcik2 n pakcik2 yang takde family or kena buang family,takde rumah nak tinggal. Terpaksa hidup merempat area KL ni. Tido bawah jambatan lah. Sedeyy woo. Takut pulak sebab tak semua looks nice. Ada yang macam menakutkan. Bersyukur sebab bila kita fikirkan balik, Alhamdulillah hidup kita complete. Ada family, tempat tinggal dan yang penting education semua. ;')

Kerja ktorang malam tu kena bagikan makanan kat semua gelandangan. Apa yang penting, SENYUM & MANISKAN MUKA. Tak semua akan senyum balik, but at least jangan sampai kita termasam muka depan diorang. Nanti diorang akan anggap kita jijik or gelikan diorang. Diorang pon manusia biasa kan. Ada hati dan perasaan ntuk dijaga. ;)

Senyum macam ni la contohnya yea. Cuma part 'peace' tu tayah kot. ;p
*1st time pakai tshirt muslimah ni. Agak jakun sebnonye. dan sangat selesa. ;)

Satu mende yang aku terkilan is, aku tak dapat nak approach diorang lagi. What I mean is dekati diorang. Duduk berbual samasama. Mendalami hati n perasaan diorang. Tu semua aku tak mampu or berani nak buat lagi. Sebab as Kak N cakap, usually they hard to tell others bout their personal things. Unless dia dah kenal betul2, and rase nak share n bercerita ngan kita. Another thing is, kalau dia nampak muka2 baru macam ktorang ni, mesti diorang akan pow. Mummy dah pesan awal2. Jangan bagi diorang walau RM1 pon! Sebab ngan RM1, diorang boleh beli dadah. Diorang boleh beli gam. So paham2lah kan.

Aku sedih bila tengok ramai Malay yang ade kat sana. Memang ada Chinese and Indian but MOSTLY memang Melayu. We are actually compete with Church becoz ape yang Mummy cerita, these homeless peoples memang nak duet sebnonye. And pihak gereja bagi each of them rm50! Can u imagine how Christian tarik orang ntuk masuk agama dia??

So its our duty to change the system. We are the next generation of Muslim yang akan mengubah dunia ni. Aku cakap camni bukan sebab aku hebat sangat. Cuma aku terkesan je as a Muslim, aku macam tak dapat nak buat apa sangat ntuk tolong gelandangan semua ni. Diorang maken ramai each year. Thus we must do something. Bukan nak hapuskan semua homeless ni, tapi at least mereka2 ni berkuranglah kat bandar2 besar.

Kak N cakap dulu diorang sediakan makanan ntuk 180-220 orang. Tapi sekarang, dah nak 3ratoz lebey dah. Makanan memang tak mencukupi lah sebab semua tu hasil orang derma. If takde yang derma, takdelah makanan. But Alhamdulillah selama diorang buat program macam ni, tak penah putus derma dari pelbagai pihak.

So ape yang aku nak seru *seru tuu. haha.* mood serious balik.* Pada sape2 yang berminat nak jadi volunteer ntuk homeless people ni, boleh tengok details as below :


Tempat : Masjid Jamek , KL. (sebelah LRT Star Masjid Jamek) Bukan Masjid India tau. Dont get confused.
Waktu : Setiap Khamis malam Jumaat & Jumaat malam Sabtu.
( Lepas insya' )


Korang boleh walk-in je and cakap ngan orang kat situ yang korang nak jadi volunteer. Nanti diorang akan bagi briefing sikitla. Plus kalau korang nak bagi pape ntuk didermakan pun AMAT DIGALAKKAN. Sebungkus mee ke, sekampit gula ke, tak kesah. Sebab sikit2 lama2 jadi bukit. Ye idak? ^^ btw, kalau korang nak buat program club ke sini pun boleh jugak. ;)

Kak N ngan Mummy tu volunteer yang dah lama kat sana. Plus Datin Seri pun orang kuat program ni.

PUW = Persatuan Ulama Wilayah

Maaf ye panjang berjela. Aku memang pantang kalau nak update pasal event ni, banyak nak dishare nye. Ni pon rasanye banyak lagi nak citer, tapi enough said. I do my part. ^_^

psst : Gambar2 kat sana takde lagi. Later lah yea. ;p

Thanxx for reading ! ;D

Tuesday, November 22, 2011

Melantak di Seoul Garden ! ^_^

Assalamualaikum semua.

Banyak mende nak dingarutin disini sebnonye. Tapi memandangkan gune broadband yang dah kring kring ni sangat menduga emosi dan fizikally aku. haih~ *aku saje eja salah. harap maklum. ;p

Before aku membebel lebey panjang, nak CONGRATEZ kat Team Harimau Muda sebab menang semalam ! YEAH!! Tengokk bola nipon sangat menguji emosi dan fizikally ye anak anak. Ade pulak dak pompuan yang tengok bola emo2. Ingat lelaki je emosi . keh3~

WARNING !! ENTRY INI SANGAT PANJANG! SILA BACA SAMBIL MAKAN KUACI SUPAYA TIDAK TERGEGET JARI. *aku berjaya wat pantun 2 kerat! haha

Dah2. Tamo ngarot bukanbukan. Aku eksaited nak citer pasal makan kat Seoul Garden ni. ;p Actually makan sini sebab nak celebrate bezday abang aku. Masa bezday akukan ktorang clebrate kat Pizza Hut. So ni turn abang aku pulak choose kat mana dia nak melantak. Ktorangpon memang DAH LAMA GILA TERINGIN nak makan kat SG ni. So ape lagi, Ahad lepas serbu lah kat KL Fest City Mall. YEAH ! ;D

Birthday abg aku Sabtu lepas, 19 Nov.Malam tu ktorang karokk 2jam kat Axis Atrium. Then Ahad aku ade Explorace under club kat uia neh. So memang tak dapat join la nak keluar ngan family kan. Jap lagi mama kol petang tu, cakap suruh siap and mama nak amek bawak keluar. Program tgh go on. Takkan nak cabut lak kan. Aku committe lak tu. So luckily mama dtg tu memang dah majlis penutup n aku mintak izin PM lah ntuk cabot awal. Post-mortem dgn PM jela.Selamat PM memahami ;) *PM = Program Manager

Sebelum entry ni terlalu panjang ngan bebelan aku, jom layan gamba lak. hee~

Our Foods! Yummyyy!

Chef kononnya.

Kami sekeluarga.
^_^

Aqila yang pelahap.
ABC ice-cream buatan aku.
Foods.
And abang yang pelahap.
Smart je aku amek gamba diorang ni. Tapi takde gamba ku y smartpon diorg amek. sedeyy~

Bila dah kekenyangan, maka inilah yang akan terjadi.
hahahaha~
Semua dah kepenatan makan, nampaknya abah semangat lagi. ngeh3~

Balik sudah~

Gambar y terlalu banyak untuk dipertontonkan menyebabkan aku terpaksa edit supaya tidak menambah berat blog ini. haha. *rasa cam panjang napas nak bace ayat ni kan?lol~

Ktorang masuk pukol 4 lebey camtu n kua dalam kol 8. Lebih kurang 3jam lebey ktorang melantak. Sempat semayang asar n maghrib woo. Org laen dah makan dah balik. Ktorang dulikk ape. Gua baya kot! ;p

Memang laen lah pengalaman makan kat sini. BESTT GILA! Makan amek sendiri. Masak sendiri. Banyak pilihan lak tu. Secara tidak langsung kegemokan pon bertambah dengan sendirinye. keh3~ Ktorang sampai 3 kali tukar pan masak tu. Sebab dah comot benor masaknye. Abahla ni pi masak telor kat situ. haih~

1st time woo makan kimchi. Boleh tahan jugakla. For those Korean Lovers, bolehla korang bajet2 makan cam org Korea sket. Grill ayam n terus makan. Amek salad pastu isikan ngan segala macam daging or ayam, then gulungkan n sumbat dalam mulut. And macam2lah. Maafla yea kalau ade yang tak paham. Tak paham tu mksudnye bukan Korean Lovers lah. haha~

Total makan bout RM 200++ rasenye. So kenala makan sampai bebaloii ye idak? Sape yang tak cuba lagi, jomla makan kat SG ni. Try new experience kat sini. Syiokk woo! Aku ingat nak pegi lagi la. Nak suruh orang belanja lak. hihihi~

Maaf yea entry ni panjang berjela. Aku memang suke qada' entry. Tak update selalu lah ktekan. hee~ ;p

Friday, November 18, 2011

Korang korang. Nak tanya ni..

Assalamualaikum semua.

Nak tanya sikit ni, korang datang blog aku nampak ok ke? I mean background dia rosak tak?Ade sampai jadi macam kat bawah ni tak?

Aku dari kelmarin bukak blog ni jadi lagu ni. Awat ya?

Background tu dia tulis,

"This image exceeds bandwidth with too many views.
Go pro and get unlimited."

Bandwidth tu hape ek? Maksudnye aku kena tukar gamba laenla eh? Sape yang pandai bab2 ni ley tolong aku?? Ngak tau sih mau buat apa. ;'(

Thanx yang sudi singgah ;)

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #5 Artis Bertudung. Sweet jekan? ^_^



Err. Terperasan diri ni retis lak.
OKbai~
;p

p/s : Midterm aku dah abes tadi. YEAH ! Even aku tak update, dont worry. Akanku jelajahin belog2 kalian ya. *peace

Sunday, November 13, 2011

Si Dia Peluk Lisa Surihani, Aku dapat Aaron Aziz. ^_^

Assalamualaikum.

First of all, Happy Weekends semua ! Maybe korang happy sebab hari minggu dapat rehat tapi tidak bagi aku. Arini dah kena balik U dahh. Oh noo! *Mood biasa seorang student bila cuti dah abes. Padahal bising jugak dok uma takde wat ape although assgnment melambak. ihihi~

Berbalik kepada tajuk entry di atas. Jom tengok 2 keping gambar di bawah ni. ;p

Ewah3~ sodap2 je peluk Lisa Surihani kan. and macam smart lak Lisa peluk awak balik. ahaks~
*maafkan diriku sebab amek gamba tak lawa. eh ur face looks oily la syg. hihi. maap again. ;p

Awak ade Lisa, saya ade Abang Aaron Aziz tau ! Jangan maen2. hahaha~
Ohh tingginya abang besaa. ngee~

Maafkan kami yea. Kitorang memang kuat maen2 sket. Ngan gambarpon sempat nak posingg2. Nak jumpe Lisa & Aaron sebenar tak dapat, soo gambar lah jadi mangsa kami. haha~ Kalau betol2 mau kena sebat tangan my dear tu. Suke2 nak peluk pompuan laen. keh3

Actually tadi gi tengok wayang kat Galaxy Ampang. Sebab nak redeem tiket wayang free punye pasal. Kena lah cari MBO jugak. ^^

Ktorang tengok cerita ALAMAK TOYOL ni ha. Memang lawak abessla cite ni. Komedi yang sangat ringan. Tengok ngan family buat gelak gelak dalam panggung memang bestla. Si Toyol ni pon tak gune sebab nama je Toyol, tapi tak pandai mencuri. Baek resign je dari jawatan Toyol tu. ;p Overall, ok jela aku rase citer ni.

psstt : Korang tengok je Di Sebalik Tabir citer ni dah cukup aku rasa.Korang ley follow citer dia camne. Last2 tu aku rasa lawak gile sebab.........tengokla sendiri yea. HAHAHA~ *ok.korang mesti rasa annoy. ngeh3

First time woo dapat tengok wayang free. hee~
*yang orang belanje takyah amek kira la kan. ;p

After tengok wayang terus gerak gi TS. Mau melantak di sana. ^_^ Actually ade 1 lagi movie tiket free. Citer Immortal. Ade yang dah tengok? Dengar citer tak best? Bagi orang jela camni. *_*

Anyway, thanxx pada yang sudi singgah and follow blog picisan ni yea! SAYANG KORANGG ! ;D

Terima kasih dari kami. Penjaga blog ini. *Padahal aku sorang je ;p

Friday, November 11, 2011

Pesanan Kepada Adik-adik ku.

Assalamualaikum

Hari ni aku terasa nak bagi nasihat dan pesanan lak kat adik2 semua ni. *take note that adik2 tu means yang masih bersekolah and bawah umur lagi yea.

Although umur aku baru 21, tak berapa nak banyak sangat pengalaman hidup ni tapi at least aku hidup lebih lama dari adik2 yang masih bersekolah ni. Ye idak? Jadi tak salah aku nak nasihatkan?

Ntuk entry ni, let me gelar diri as kakak yea. ^^

#Firstly, pada adik2 yang masih bersekolah tu, akak tau sudah lumrah kehidupan yang pompuan suke kat laki dan begitulah sebaliknya. Awak kecik2 lagi dah kapel. Awak taukan cinta time sekolah tu cinta monyet? Bi makna, ianya tak kekal. Jadi jagalah maruah awak sayang. Akak tengok slumber je awak amek gambar kissing2 ngan pakwe awak. Umur baru belasan tahun. Nak pikir baek anggap awak ni dah nikah, macam tak logic pulak. Ni Malaysia, bukan Tanah Arab. Kawen muda tak berapa femes kat sini. So faham2lah kan.
Kalau kiss tangan tu akak boleh handle lagi (although obviously HARAM) tapi awak siap kiss pipi+dahi+mulut lagi?! Waddehek?? Plus awak tu bertudung sayang. Motif anda bertudung is......??

-__-"

#Another things yang buat hati akak sayu ingatkan adik2 sebab dah baekk punye letak gambar2 macam tu, pi letak pulak gambar family which is dengan abah and mak semua. Akak pulak yang sedih tengok muka abah adik. Bayangkan kalau dia tengok gambar2 adik yang kissing bagai tu? Agaknye ape perasaan diorang ek?


Akak takdela nak cakap akak baek sangat. Akak ngaku akak kapel jugak tapi jagalah batas2 ye adik-adikku. *noted that akak kapelpon after abes skola ok. Umur awak tak jejakpon 18 lagi. Pada yang sekolah rendah tu lagilah. Keputusan UPSR pon belum keluar lagi. Semua underage lagi kot. Tapi bila bercinta, ngalahkan orang dah kawen. Akak taknak adik2 macam tu ye sayang.

Oklah. Kalau awak jenis bersosial tahap taley handle pon, Tolong JANGAN UPLOAD gambar bukan2 kat public. Sedey kalau parent terjumpe. Awak tak malu ke? *Put aside la malu kat Tuhan kan.

Akak tergerak hati nak nasihat ni sebab akak tengok banyak sangat gambar2 camni berleluasa. Tak kesahla kat FB ke, Tumblr ke, Blog ke. Selagi awak tak privatekan mende2 tu, people still dapat tengok tau.

Akak sedih bila isu budak Form4 sampai boleh mengandung n gugurkan anak pastu gi kelar2 baby tak berdosa tu. Baby dumping lagi la takyah citer. Macam norms dah kat Malaysia ni. Lastly akak nak pesan, selagi umur awak tak jejak 18 tahun lagi, janganla sebuk nak bercinta bagai. Awak pernah terpikir tak kenapa certain cerita 18sx or 18sg semua tu? Sebab selagi anda belum 18 tahun, pemikiran anda belum cukup matang. Belum pandai pikir which is the best for urself and others. Thats why ramai belom 18, dah takde dara. Fikir-fikirkan la ape yang akak cakap yea adik2ku sayang.

Akak sayang awak. Thats why akak tegur. Akak ade adik perempuan form3. Benda yang sama akak nasihatkan dia. Budak2 sekarang sosialnya lain macam. Risau tauu. Seorang kakak pon risaukan adiknya, apatah lagi parent kan? Jadinya adik2 semua, berpada2lah dalam pergaulan.Berkawan biar BERIBU, berkasih biar SATU. *Logic lagi ke dalam context sekarang ni? Berkawan rasanya mau lebih seribukan. ;p

Mintak maafla entry ni panjang sket. Risau naek cuti aku dah taley nak update selalu. Pada yang terasa ape yang aku tulis ni, ampun maaf dipinta. Aku memang tak perfect, and semua orang tak perfect. Tapi jangan sampai jadi useless terus. betul tak?

Tak sanggup nak letak banyak gambar. Kalau korang Google sendiri taep Budak Sekolah aku yakin banyak gile gamba2 'senonoh' yang keluar. Harap entry ni dapat amek iktibar kepada semua dan juga diri aku. Again, mintak maaf jika ade yang terasa atau taley terima. And dont hesitate right me when I'm wrong. ^^

*Tibe2 guwa rase guwa tua giler. hahaha

psstt : Dah 111111 lah ! Nak bagitau jugekk~ hehehe


Yang Menaep,

Thursday, November 10, 2011

Mixed Sausages & Fries for Breakfast ! ^_^

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua ! *pada yang baca entry ni pagi2 la. ;p

Korang dah breakfast? Taktau nak makan hape? Meh buat makanan paling senang dalam dunia. ^^

Barang2 yang diperlukan :

Beberapa ketui kentang
Sosej
Mayonis
Telur
Bawang besar *optional. suke hati nak letak ke tak.
Tu jela kot. ;p

First potong ikot suke hati korang besar mne kentang tu then deep fried kan. I mean gorengla kan. Then angkat, goreng sosej yang telah dihiris pulak. Then masukkan semua dalam fry pan, kasi masuk sekali bawang2 yang dah dihiris tuu. Adik aku suke letak bawang. Kalau taknak pon takpe.

Kemudian, korang letak teloq. Kacau2 kasi jadi macam scramble eggs and sebati ngan kentang n sosej tu. Pastu korang masukkan mayonis, lada sulah bagai. Kasi rasa dia sedap lagi la ^^

Then.. HIDANG !

Jadilah camni. Yang ni hitam sket sebab adek aku suke letak kicap. Thats why gelap. hee~ Kalau korang suke mayonis banyak, tambah jela. Tomato tu saje aku letak. Konon2 nak seimbangla. Ade vegie sket. hihi~

Senangkan? Selamat mencuba. Ni resepi budak malas namanye ;p

Contest Tema Blog Paling Unique

Assalamualaikum.

Malam2 buta ni tak dapat tido, ape lagi.Update bloglakan. Plus aku ada jumpa 1 contest anjuran cik Ziera ni. Menarik sebab akupon baru je edit blog ni sendiri. Soo ape lagi.. Jom join ! ^^

Tarikh Tutup :
I Disember 2011

Nak join jugak mai la ke blog comey cik Ziera ni. ;D

Moga2 adelah rejki. Tak penah ade rejki menang contest or Giveaway ni. hihi~


Wednesday, November 9, 2011

Seoul Garden Dah Ada Kat Gombak ! ^_^


Assalamualaikum w.b.t

Korang penah makan kat Seoul Garden? Teringin nak gi makan kat sana tapi jaoh? Jangan risau kepada warga penduduk Gombak. Seoul Garden kini dah bukak cawangan baru dekat area Gombak iaitu di KL Festival City Mall ! Yeah!

*Ada macam pembaca iklan kepoh tak? keh3~

Nipon membe aku yang gitau semalam. And akupon ngan semangatnye google la pasal mende neh. Ni yang nak gi ngan family ni. Dari dulu teringin nak makan kat situ ohh. Jaohh sangat nak g kat sunway bagai. ;p

Ni buktinya Seoul Garden wujud kat KL Festival City Mall. *err.takde nama shortform ke ek? Panjang sgt aku nak kabaukan. haha.

For more info boleh KLIK SINI yea. Tempat ni area danau kota je. Jomla korang datang sini ! hehe~ *Aku promote macamla dapat komisyen. ;p

psstt : Aku tau ramai dah makan kat sini. Aku je outdates sket. ngee~ Mehla share pengalaman makan kat sana. ^^

Tuesday, November 8, 2011

Beraya di FUNFAIR ! ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz ! Actually dari haritu nak update pasal gi Funfair ni. Tapi aku dok uma nenek, so tak dapat nak online. Korangg suka gi funfair? Dah bape lama korang tak g? Aku dah tak ingat dah bape lama tak g. Rasanya last masa aku form2 jugakla kot. Tu pon masa ada kat Tasek Tambahan dulu. ;p

Funfair ni kat Taman Dagang. Belakang Galaxy Ampang je. Kalau korang tau area Ampang, mesti tau punye. Spotlight funfair tu trademark kot! ^^

Dalam banyak2 game, aku maen 2 ni je. Ikot aty memang nak maen keta langgar, fairywheels semua tapi kenala save sketkan. Nipon aku abeskan duet raya yang sedare bagi pagi tu. hee~

Aku gi bertiga je ngan abe tomok and adek aku.

Ni token yang wajib kitorang abeskan, 1 token rm2. Setiap game kena 2token. Tu yang taley nak maen banyak2 tu. Pastu gi maen game2 yang macam baling bola, bingo lah, tangkap itikla. Gila tak ong siot! Aku dapat pen besau je = rm4! isk. sedey2~

Pada yang sape2 nak gi, mehla datang Ampang yea. Bole buat release tension. hihi~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails